Soalan: Berdasarkan pengalaman anda, bagaimana untuk membentuk sikap manusia.
Jawapan:
Didalam Al-Quran Allah ada berfirman yang diantara maksudnya menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga sesuatu kaum itu mengubah nasib mereka sendiri.
Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda kepada para sahabat yang membawa maksud “...kamu lebih mengetahui tentang dunia kamu“. Dan ada pepatah didalam Islam yang menasihati “Ikatlah tali kudamu seketatnya, kemudian bertawakallah“.
Untuk membentuk sikap individu didalam satu-satu komuniti atau organisasi, ianya memerlukan kesabaran dan usaha yang tinggi. Sebelum usaha itu dijalankan, terlebih dahulu kita perlu mengenal pasti bentuk sikap yang ingin dibentuk. Selalunya ia mengenai merubah sikap daripada negatif ke positif atau daripada positif kepada super positif.
Disiplin adalah perlakuan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Akhlak yang mulia adalah sifat yang terbentuk dari diri (naluri) untuk melakukan perkara-perkara baik berdasarkan hukum syara’. Persoalannya bagaimana untuk memastikan kesemua individu itu dapat berdisiplin lantas memiliki akhlak yang mulia?
Mengikut sebahagian pakar psikologi, manusia boleh diklasifikasikan kepada 4 peringkat umur.
1. Kanak-kanak ( bayi – 11 tahun)
2. Remaja (12 – 24 tahun)
3. Dewasa (25 – 39 tahun)
4. Matang (40 tahun keatas)
Daripada klasifikasi ini jugalah tabiat dan cara penerimaan manusia terhadap sesuatu suasana atau perkara berbeza. Pada asasnya, tiada siapa yang mampu merubah sikap orang lain walaupun dipaksa. Tetapi kita mudah mempengaruhi orang lain untuk bertindak mengikut kehendak atau peraturan yang ditentukan. Teknik mempengaruhi bagi tujuan mengubah minda dan cara hidup seseorang telah diimplikasikan oleh pihak tertentu sejak dahulu lagi. Sebagai contoh syarikat-syarikat hiburan dan pemasaran sesuatu produk cuba menggunakan pelbagai pendekatan terutama dalam penggunaan iklan dan media masa bagi menentukan pilihan pengguna beralih kepada cara mereka. Begitu juga ahli politik yang mahir sering mengadakan propaganda terancang bagi mengalih atau mewujudkan trend yang dapat memihak kepada mereka.
Oleh itu, dengan analisa terhadap klasifikasi manusia dan bentuk sikap yang ingin dibentuk, teknik atau cara mempengaruhi individu itu dapat dirancang dan dilaksanakan.
Disini dicadangkan secara ringkas pendekatan yang boleh digunakan berdasarkan pengalaman yang ada.
I. Kanak-kanak: golongan yang mudah tertarik kepada benda baru, objek yang terang dan suka meniru dan mengikut gaya ibu-bapa / host.
[Pendekatan yang diguna adalah dengan cara mesra dan didikan ‘one to one’]
II. Remaja: golongan sensitif dalam perubahan persekitaran terutama terhadap diri sendiri. Tertarik kepada objek berwarna dan sanjungan. Suka berbincang dikalangan sebaya umur dan selalunya berpuak-puak.
[Pendekatan yang sesuai ialah dengan perbanyakkan aktiviti atau penerapan nilai secara pendekatan ‘contoh tauladan’,’ kesan dan akibat’, juga pengenalan kepada hukuman-hukuman yang bakal diterima kepada pesalah. Contoh aktiviti yang mungkin sesuai seperti aktiviti kumpulan – ceramah, klas, bina diri dan kounseling. ]
III. Dewasa: golongan yang konfiden dan berdaya saing. Berfikiran perseorangan, suka pada pujian dan kritikan membina terhadap usaha yang ditunjukan. Cenderung kepada persaingan dan cabaran baru.
[Pendekatan yang perlu ialah secara penguatkuasaan disiplin. Arahan dan peraturan perlu dijelaskan diawal sesi. Walau bagaimanapun, fleksibiliti terhadap sesuatu peraturan perlu mengikut kesesuaian. Perlu menyediakan lebih ruang bagi golongan ini bagi melepaskan idea-idea baru dan bina diri.]
IV. Matang: golongan yang cenderong kepada mendominasi.
[Pendekatan yang mungkin adalah secara motivasi, terapi dan klas-klas perbincangan.]
No comments:
Post a Comment